Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi kepada para pembaca yang masih memantau laman kekasihalam sekalian. Alhamdulillah, kekasihalam berpeluang juga untuk kmencoretkan posting kedua untuk hari ini. Sebenarnya, tajuk di atas akan kekasihalam jadikan sebagai suatu segmen dalam laman ini. Dalam segmen yang akan menggunakan tajuk sebagaimana di atas, kekasihalam akan mengetengahkan kata-kata hikmat yang berguna dan dapat dijadikan motivasi untuk kita semua mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup. Sebelum itu, kekasihalam ingin menjelaskan kepada para pembaca sekalian bahawa segmen ini tidak akan mempunyai kekerapan yang seragam. Oleh hal yang demikian, diharapkan agar para pembaca sekalian tidaklah terlalu tertunggu-tunggu akan segmen ini.
Baiklah, tanpa ingin membuang masa, kekasihalam akan terus sahaja menyatakan kata-kata hikmat yang menjadi pilihan kekasihalam untuk dikongsikan bersama para pembaca sekalian.
Kata-kata hikmat yang ingin kekasihalam kongsikan berbunyi, "Lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan." Menurut pemahaman kekasihalam, kata-kata hikmat ini sedikit sebanyak menerangkan kepada kita bahawa kita sepatutnya menyumbangkan bakti dari sudut fizikal mahupun mental agar dapat memberikan kesenangan kepada masyarakat sekeliling. Simbolik lilin dalam kata-kata hikmat tersebut amat signifikan kerana sifat lilin itu sendiri yang mana apabila ia dibakar sumbunya, maka akan terhasillah cahaya dari api yang membakar lilin tersebut. Hal ini seterusnya dapat memberikan suasana yang lebih terang sewaktu berada di dalam kawasan yang gelap.
Sebenarnya, sifat lilin itu sendiri yang membakar dirinya membawa signifikan pengorbanan yang dilakukan untuk kesejahteraan sejagat. Oleh hal yang demikian, kita janganlah asyik mengharapkan pengorbanan daripada orang lain semata-mata dan dan menghina mereka kerana tidak menyumbangkan bakti untuk kita sebaliknya kita haruslah melakukan sesuatu yang kelak membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada orang yang berada di sekeliling kita.
SENYUM SELALU...

No comments:
Post a Comment