Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca laman blog kekasihalam. Terima kasih kepada anda yang masih setia memantau laman blog kekasihalam. Diharapkan, kesetiaan para pembaca akan dapat meningkatkan mutu penulisan dan penerbitan di laman kekasihalam.
Beberapa hari kebelakangan ini, kita telah dihidangkan dengan sebuah berita mengenai seorang remaja yang berusia 13 tahun yang telah memandu sebuah bas kilang yang didapatinya tidak berkunci. Kejadian yang berlaku pada tengah malam ahad di Taman Rasa Sayang, Senawang itu telah menggemparkan penduduk di kawasan perumahan tersebut apabila bas kilang itu telah merempuh 4 buah kenderaan di kawasan perumahan tersebut. Remaja tersebut dikatakan berbuat demikian untuk melarikan diri daripada sekumpulan remaja lain di mana dia telah terlibat dalam pergaduhan dengan kumpulan tersebut sebelum itu.
Cuba kita fikirkan mengapakah remaja tersebut begitu berani berbuat demikian? Adakah sifat naluri seorang remaja yang mudah memberontak yang mendorong remaja tersebut untuk melakukan aksi yang sebegitu rupa? Hakikatnya perkara yang membabitkan remaja dalam pelbagai kesalahan bukan sahaja baru bermula malah makin menular ke dalam tren hidup remaja yang sebahagiannya amat mementingkan keseronokan semata-mata. Sebagaimana yang telah dimaklumkan di akhbar, remaja tersebut telah terlibat dengan satu lagi gejala sosial sebelum melarikan bas tersebut iaitu bergaduh dengan sekumpulan remaja lain. Adakah remaja tersebut tidak mendapat pemantauan daripada ahli keluarga? Atau adakah remaja ini ingin menunjuk-nunjuk keberaniannya yang tidak bertempat? Mujur bas yang dipandu itu tidak meragut nyawanya selepas dia telah merempuh 4 buah kenderaan di taman tersebut. Walau bagaimanapun, remaja tersebut telah mendatangkan gangguan kepada penduduk taman perumahan tersebut pastinya.
Sebelum mengakhiri coretan, kekasihalam ingin mengajak para remaja sekalian agar menggunakan sikap berani menghadapi cabaran yang kita semua miliki ke arah yang positif dan bukan ke arah menghancurkan pembangunan moral dan infrastruktur negara. Sumbangkanlah idea dan tenaga muda kita untuk menjayakan kemajuan dan pembangunan negara. Jangan mudah terpengaruh dengan sebarang anasir luar yang cuba menggugat prinsip dan matlamat kita para remaja untuk memperoleh kejayaan. Berbaktilah untuk nusa dan bangsa.
SENYUM SELALU...

No comments:
Post a Comment