Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pemantau laman kekasihalam. Terima kasih kepada anda semua kerana terus menjadikan laman kekasihalam sebagai bahan bacaan anda semua. Insya-Allah, coretan kali ini merupakan coretan penutup tahun 2011 di dalam laman ini.
Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya kurang 5 minit dari sekarang. Kita sendiri sekarang ini pastinya sedang menghitung-hitung detik menjelangnya tahun baru 2012 yang bakal menghulurkan salam perkenalannya sebentar lagi.
Setelah mengharungi 365 hari dalam tahun 2011 ini, pastinya kita telah menghadapi pelbagai peristiwa suka-duka dan menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan. Namun, diharapkan agar tiap cabaran di samping suka-duka yang dilalui akan sentiasa mematangkan dan mendewasakan kita sebagai manusia. Pastinya, tahun 2011 yang bakal melabuhkan tirainya sebentar lagi akan membawa pergi jauh semua kenangan yang bakal terpahat indah di sanubari kita. Semoga kita akan sentiasa menjadikan peristiwa dan kenangan lalu sebagai suatu pengajaran dan iktibar agar kita lebih rasional dalam membuat tiap keputusan dalam kehidupan selepas ini.
Sebagaimana yang telah lama kita maklum, kita sedang meluncur laju menuju ke arah pintu gerbang 2012. Seharusnya kita perlu bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk mengecap nikmat kehidupan sehingga kita berjaya melangkah ke tahun baru. Semoga tahun baru yang bakal menjelang akan membawakan sinar kejayaan kepada kita semua. Dan diharapkan juga semoga kita akan sentiasa melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dalam kehidupan demi memastikan kebahagian akan dikecapi...
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Ikhlas dari pengendali http://kekasihalam.blogspot.com
SENYUM SELALU...

No comments:
Post a Comment