Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca laman blog kekasihalam sekalian. Dalam beberapa siri posting yang lalu, kekasihalam pernah menyatakan hasrat kekasihalam dan rakan blogger kekasihalam untuk menerbitkan suatu rancangan bersiri secara serentak dari dua buah laman blog. Dalam posting kali ini, kekasihalam akan cuba memberikan pengenalan tentang rancangan kami. Kekasihalam rasakan perlu dibuat suatu pengenalan bagi projek kami ini kerana seperti yang selalu kita dengar, tak kenal maka tak cinta...
Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, kekasihalam dan rakan blogger telah mengeluarkan kata sepakat untuk menamai projek rancangan kami ini dengan nama "Seindah kata, manfaat bersama!". Menurut rancangan kami, slot dengan tajuk ini akan disiarkan secara berepisod dan mengandungi dua bahagian dalam setiap episod.
Apakah yang akan kami tampilkan dalam penerbitan rrancangan ini? Sudah pasti perkara ini yang sedang menjadi persoalan yang mengganggu benak fikiran para pembaca sekalian bukan? Baiklah. Kekasihalam akan mencuba untuk merobohkan tembok tanda tanya pembaca semua. Dalam penerbitan serrentak ini, kami akan tampilkan mana-mana dua peribahasa melayu yang mempunyai persamaan secara langsung mahupun tidak langsung. Maknanya di sini, kami akan tampilkan peribahasa yang mungkin mempunyai suatu perkataan yang sama, mempunyai maksud yang sama dan mungkin juga persamaan yang lain-lain lagi. Di sini kekasihalam ingin menjelaskan bahawa kami bukan setakat akan menampilkan peribahasa malah kami akan cuba mengolah dan menghurai maknanya sebagai menunjukkan pemahaman kami terhadap peribahasa yang cuba kami tampilkan.
Dengan penerbitan rancangan yang sebegini, kekasihalam dan rakan blogger amat berharap agar ianya akan memberikan pelbagai manfaat kepada kami, pembaca dan rakan-rakan yang lain. Tambahan pula, terdapat soalan di dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu yang berkaitan dengan peribahasa. Oleh hal yang demikian, kekasihalam dan rakan blogger merasakan penerbitan sebegini adalah peluang yang baik untuk kami berkongsi ilmu dengan para pembaca sekalian. Melalui penerbitan rancangan ini, kekasihalam dan rakan blogger amat mengalu-alukan sebarang komentar dari guru-guru yang membaca dan mengikuti rancangan ini. Sebarang komen dan cadangan boleh dibuat di laman blog kekasihalam dan juga laman blog mejalogam.
Nantikan episod pertama rancangan ini yang bakal menyusul sesegera yang mungkin.
Perhatian: Posting pengenalan dengan tajuk yang sama turut disiarkan dari laman blog mejalogam dengan cara penyampaian yang sedikit berbeza. Untuk maklumat, silakan melawat ke http://www.mejalogam.blogspot.com
Selamat membaca...
SENYUM SELALU...
No comments:
Post a Comment