Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca. Baru-baru ini, kekasihalam dan rakan blogger kekasihalam merangkap rakan sekelas telah mengadakan satu perbincangan secara tak langsung. Rentetan daripada perbincangan tersebut, maka tercetuslah satu idea yang pada pemikiran kami adalah bernas untuk pengisian di dada laman Blog kami. Mungkin anda tertanya-tanya apa yang kekasihalam dan rakan blogger kekasihalam rancangkan. Sebenarnya, kekasihalam dan rakan blogger kekasihalam telah bersetuju untuk mengendalikan projek kerjasama antara laman blogg. Secara kasarnya, projek ini merupakan siri rancangan penerbitan bahan yang dilakukan serentak dari dua laman blog secara berepisod. Walau bagaimanapun, setiap rancangan yang ingin dijayakan pasti berhadapan dengan pelbagai halangan dan kesulitan. Menyedari hakikat ini, kekasihalam dan rakan blogger kekasihalam telah menyemai benih harapan agar projek usaha sama kami ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam dan terputus di tengah jalan. Oleh hal yang demikian, sokongan padu daripada para pembaca amat kami dahagai agar kami dapat mennjayakan projek yang bakal memberikan manfaat kepada kami dan rakan-rakan pelajar yang lain kelak. Oh, mungkin untuk semua!
Nak Tahu apa projek yang dirancangkan? Nak tahu apa manfaat yang bakal kita peroleh bersama? Ikutilah laman blog http://www.kekasihalam.blogspot.com & http://www.mejalogam.blogspot.com dari semasa ke semasa untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
SENYUM SELALU...
No comments:
Post a Comment