Wednesday 1 February 2012

Coretan tengah hari

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pemantau laman kekasihalam.  Terima kasih atas kesetiaan anda mengunjungi laman kekasihalam.
     Sebenarnya, kekasihalam masih belum mendapat ilham untuk mencoretkan apa-apa yang menarik buat tatapan anda buat masa ini.  Tetapi jari-jemari kekasihalam seperti meronta-ronta untuk menaip di laman ini walaupun tiada idea untuk menulis.
     Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, sebentar tadi, pada jam 1.34 tengah hari, telah masuklah waktu Zuhur bagi negeri Pulau Pinang dan kawasan yang sewaktu dengannya.  Oleh itu, selamat menunaikan fardu zuhur kepada seluruh muslimin dan muslimat yang membaca di laman ini.
     Dalam kesempatan coretan ini juga, kekasihalam ingin mengucapkan selamat hari wilayah kepada semua rakan pengunjung yang menetap di tiga buah wilayah persekutuan di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Putra Jaya dan juga Labuan.  Semoga wilayah-wilayah persekutuan di negara kita akan terus berkembang maju dan juga dapat menjadi aset yang berharga kepada pembangunan Malaysia.
     Sekian sahaja coretan buat kali ini.  Semoga bertemu lagi dalam coretan yang bakal menyusul.

SENYUM SELALU...

1 comment:

  1. idea untuk kadang datang secara tiba2. untuk menambah hasil dalam blog bole juga letak perkra berlaku sekeliling,pengalaman dan lain-lain.
    semoga berjaya dalam bekarya.

    ReplyDelete